Thursday, March 17, 2011

Senarai sebab-sebab kursus tidak mencukupi sebanyak 7 hari

Posted by mamawafiq at 1:13 PM 5 comments
 Pagi-pagi lagi Akauntan datang jumpe aku.. die minta aku bagi die sebab-sebab nape kursus aku xcukup 7 hari taun lepas... die ckp audit pick up... alahai.. lecehnye... so.. aku dh siapkan sebab²nya.. harap diterima.. (sebenarnya xcukup lagi 4 jam je lagi... kes aku silap kira jam)

1.                  Saya mempunyai anak kecil dan pada ketika itu masih menyusu badan dengan saya jadi saya tidak boleh menghadiri kursus yang memerlukan saya bermalam.

2.                  Saya hanya dapat menghadiri kurusus-kursus dalaman sahaja (iaitu yang dianjurkan oleh kementerian ini dan kursus sehari  kerana tiada pengasuh, pengasuh anak saya hanya menjaga anak saya siang hari sahaja dan saya tiada saudara mara di sekitar putrajaya/ kuala lumpur atau dikawasan yg terdekat dengan rumah saya atau tempat kerja untuk meminta tolong menjaga anak saya buat sementara waktu, ibu bapa saya juga jauh dan sudah uzur. (bapa 78 tahun dan ibu 73 tahun)

3.                  Suami saya bekerja sebagai Pemandu Kenderaan di Biro Tatanegara, JPM dan seringkali diarahkan untuk kerja lebih masa dan kerja luar (outstation) jadi urusan anak diserahkan kepada saya. (bawa anak ke klinik waktu anak sakit ataupun sebarang urusan rumah ketika ketiadaannya)

4.                  Memandangkan pada waktu itu 23.08.2010 ( 4 bulan) – 23.08.2010 (1 tahun 4 bulan) anak saya masih kecil dan seringkali tidak sihat jadi dia sangat memerlukan perhatian yang lebih dari saya dan tidak mengizinkan saya untuk menghadiri kursus yang memakan masa yang lama. Dan pada tahun 2010 juga adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya kerana anak saya telah diserang ROTA VIRUS dan telah di masukkan ke KPJ Kajang selama 4 hari. Dalam masa itu juga anak saya sering tidak sihat kerana mengikut laporan dari doktor,  antibiodi anak sya tidak kuat dan mudah jatuh sakit sekiranya terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat serta pemakanan yang tidak bersih.

5.                  Anak saya dihantar ke rumah pengasuh jadi risiko untuk mendapat sakit seperti demam, batuk n selesema sangat mudah. Sekiranya anak demam yang terlalu tinggi saya diarahkan untuk bawa anak saya balik kerana takut berjangkit dengan kanak-kanak lain.

6.                  Anak saya juga ada masalah alahan kepada sesetengah makanan seperti makanan-makanan yang gatal dan alah kepada susu lembu serba produk yang berasakan susu lembu, jadi sekiranya anak saya salah makan saya terpaksa kejarkan dia ke klinik kerana dia mempunyai alahan yg terus. (Muntah, badan gatal-gatal dan ruam diseluruh badan serta bengkak di muka kalau salah makan)

7.                  Disampingkan itu sebagai tugas yang diarahkan dari masa ke semasa akan akan menggantikan Setiausaha Pejabat kepada Setiausaha Bahagian sekiranya Setiausaha Pejabat bercuti atau ada sebarang urusan, Jadi semasa menjadi Pengganti Setiausaha Pejabat saya tidak dapat menghadiri seminar yang dianjurkan oleh kementerian sekiranya tarikhnya bertembungan dengan tarikh saya menggantikan Setiausaha Pejabat.

8.                  Bersama-sama ini disertakan salinan Sijil Cuti Sakit untuk rujukan.

Monday, March 14, 2011

16 Ciri-Ciri Isteri Solehah

Posted by mamawafiq at 4:29 PM 0 comments
1.   Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2.   Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3.
  Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

4.   Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

5.
   Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6.
   Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. 

7.    Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

8.
   Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

9.
   Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya

10.   Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

11.
  Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

12.   Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

13.
  Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

14.
  Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

15.   Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

16.   Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.   


 

Friday, March 11, 2011

18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

Posted by mamawafiq at 5:20 PM 0 comments

1.  Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula  membimbing isterinya 
2.  Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin 
3.  Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T. 
4.  Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya. 
5.   Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya. 
6.  Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya 
7.  Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu. 
8.  Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka. 
9.  Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya. 
10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain. 
11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak. 
12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya. 
13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya. 
14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih. 
15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin. 
16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain. 
17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya. 
18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
 

My Small Family Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez