Pagi-pagi lagi Akauntan datang jumpe aku.. die minta aku bagi die sebab-sebab nape kursus aku xcukup 7 hari taun lepas... die ckp audit pick up... alahai.. lecehnye... so.. aku dh siapkan sebab²nya.. harap diterima.. (sebenarnya xcukup lagi 4 jam je lagi... kes aku silap kira jam)
1. Saya mempunyai anak kecil dan pada ketika itu masih
menyusu badan dengan saya jadi saya tidak boleh menghadiri kursus yang
memerlukan saya bermalam.
2.
Saya hanya dapat menghadiri kurusus-kursus dalaman
sahaja (iaitu yang dianjurkan oleh kementerian ini dan kursus sehari kerana tiada pengasuh, pengasuh anak saya
hanya menjaga anak saya siang hari sahaja dan saya tiada saudara mara di sekitar
putrajaya/ kuala lumpur atau dikawasan yg terdekat dengan rumah saya atau
tempat kerja untuk meminta tolong menjaga anak saya buat sementara waktu, ibu
bapa saya juga jauh dan sudah uzur. (bapa 78 tahun dan ibu 73 tahun)
3.
Suami saya bekerja sebagai Pemandu Kenderaan di Biro
Tatanegara, JPM dan seringkali diarahkan untuk kerja lebih masa dan kerja luar
(outstation) jadi urusan anak diserahkan kepada saya. (bawa anak ke klinik
waktu anak sakit ataupun sebarang urusan rumah ketika ketiadaannya)
4.
Memandangkan pada waktu itu 23.08.2010 ( 4 bulan) – 23.08.2010
(1 tahun 4 bulan) anak saya masih kecil dan seringkali tidak sihat jadi dia
sangat memerlukan perhatian yang lebih dari saya dan tidak mengizinkan saya
untuk menghadiri kursus yang memakan masa yang lama. Dan pada tahun 2010 juga
adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya kerana anak saya telah diserang ROTA VIRUS dan telah di masukkan ke KPJ Kajang selama 4 hari. Dalam masa
itu juga anak saya sering tidak sihat kerana mengikut laporan dari doktor, antibiodi anak sya tidak kuat dan mudah jatuh
sakit sekiranya terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat serta pemakanan
yang tidak bersih.
5.
Anak saya dihantar ke rumah pengasuh jadi risiko untuk
mendapat sakit seperti demam, batuk n selesema sangat mudah. Sekiranya anak
demam yang terlalu tinggi saya diarahkan untuk bawa anak saya balik kerana
takut berjangkit dengan kanak-kanak lain.
6.
Anak saya juga ada masalah alahan kepada sesetengah
makanan seperti makanan-makanan yang gatal dan alah kepada susu lembu serba
produk yang berasakan susu lembu, jadi sekiranya anak saya salah makan saya
terpaksa kejarkan dia ke klinik kerana dia mempunyai alahan yg terus. (Muntah,
badan gatal-gatal dan ruam diseluruh badan serta bengkak di muka kalau salah
makan)
7.
Disampingkan itu sebagai tugas yang diarahkan dari masa
ke semasa akan akan menggantikan Setiausaha Pejabat kepada Setiausaha Bahagian
sekiranya Setiausaha Pejabat bercuti atau ada sebarang urusan, Jadi semasa
menjadi Pengganti Setiausaha Pejabat saya tidak dapat menghadiri seminar yang
dianjurkan oleh kementerian sekiranya tarikhnya bertembungan dengan tarikh saya
menggantikan Setiausaha Pejabat.
8.
Bersama-sama ini disertakan salinan Sijil Cuti Sakit
untuk rujukan.
5 comments:
akak penah tak cukup kursus time anak masih kecik, nasib baik takde tunjuk sebab cenggini...
tu la kak.. leceh kan..... audit pick secara rambang... agaknye nasib xbaik kot hari tu.. huhuhu....
uit..kene surat tunjuk sebab..tahun lepas pun org tak cukup 7 ari..huhuhu..
understand ur feelings..faham sangat kalau ada bby kecik..
2 la.. leceh betul la.... taun ni kne pulun amik kursus dari awal taun.. tapi amik yg area putrajaya je la.... n dengar ceramah kat dewan.... harap² cukup....
Post a Comment