Wednesday, November 2, 2011

SuaMi iDaMaN PaRa Isteri....

Posted by mamawafiq at 9:13 AM 0 comments

Suami Idaman Para Isteri....


Bole menjadi KAWAN...


Sebagai SAHABAT...


Kongsi KEGEMBIRAAN


Kongsi KESEDIHAN


PENDENGAR yang baik..


MEMAHAMI...


Friday, October 28, 2011

5 Perkara Pantang Anda Katakan Pada Seorang Isteri

Posted by mamawafiq at 4:05 PM 0 comments

BEKAS ISTERI SAYA MASAK LAGI SEDAP: Anda memang menempah masaalah kedua seandainya membandingkan masakan isteri anda dengan masakan bekas isteri anda.

CANTIKNYA KAWAN PEREMPUAN AWAK: Nilai cemburu tetap ada dalam setiap hati wanita.Jangan sesekali mengatakan rakan isteri anda cantik di hadapannya,walaupun memang di akui sendiri oleh isteri anda bahawa rakannya cantik.Cukuplah mengatakan " ye ke?"

AWAK PERLU KURUSKAN BADAN: Seandainya isteri anda berbadan besar,janganlah menyatakan secara terus-terang yang anda tidak suka beliau berbadan semakin gemuk.Bunyi perkataan "gemuk' ini adalah ibarat sakit migrain bagi kaum wanita.Nyatakan dengan manis mulut dalam kedaan santai.."sayang.. you nampak makin cantik dan gebu sekarang,tapi saya suka kalau you sihat".Pasti dia akan faham-faham sendiri.

AWAK SELALU BUAT JADI INI TAPI TAK BUAT SEPERTI  INI: Saya ambil contoh,rutin harian seorang isteri yang kadang kala dah sebati dalam jiwa mereka dan anda rasa tak sesuai dengan jiwa anda.Mungkin isteri anda tidak mencapai sesuatu tahap  dari segi masakan kegemaran anda,janganlah anda mengomel kerana semua manusia ada batasan dan tidak sempurna.Dia pasti rasa di hargai dan akan cuba menambah baik satu hari nanti.

SAYA LAGI BIJAK DARI AWAK: Jangan sesekali memperlekeh IQ mahupun kepandaian isteri anda.Kadang-kala kepandaian mereka mungkin lebih dari anda cuma mereka tidak tunjuk untuk menjaga hati anda,jadi berpadalah bila menilai kebijaksanaan isteri anda.

amik dari SINI

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday : Malu-malu pulak die.. hehehe

Posted by mamawafiq at 3:29 PM 0 comments


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Posted by mamawafiq at 12:01 AM 0 comments

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? 

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? 

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? 

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. 

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. 

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. tanpa menolak, beliau memenuhinya..

Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. 

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..

Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..

Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. 

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.. 


(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita) 

mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu. sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya. answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...♥


 

Tuesday, October 25, 2011

6 cara bagaimana uuntuk disayangi...

Posted by mamawafiq at 9:28 AM 0 comments
SUKA PADA ORANG LAIN
Syarat pertama dan utama utk anda disukai org ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pd org lain dgn ikhlas. Kalau anda x suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula?

SENYUM
Senyumlah sentiasa. semua org suka pd org yg murah senyuman. Senyumlah dari hati. Walaupun muka anda x hensem/cantik, tapi klu senyum pasti nampak lebih manis dan menarik. Jadi, banyakkanlah senyum cz senyum tu sedekah.



INGAT NAMA ORG LAIN dan UCAPKAN NAMA ITU DGN NADA YG PALING BAIK
Semua org suka klau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan kita yg tidak mengingati nama kita. Ape perasaan kite? jadi, sila ingat betul² nama seseorg jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yg paling disukainya dan sebutla nama tu dgn panggilan paling baik dan mesra.


JADILAH PENDENGAR YG BAIK
Jadilah pendengar yg baik lg setia klu mahu diri anda disukai. Pokoknya, bagaimana nk jadi pendengar yg setia?? senang je, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyakkan memberi peluang kepada org lain utk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada org lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah² dan pengalaman mereka.

BERCAKAP HANYA PADA TOPIK/ISU YG MENARIK PERHATIAN ORG LAIN
Kalau suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya berckp ttg perkara² yg sukai/diminati oleh org lain. Kalau mereka minat bola, cakap la pasal bola. Jgn banyak bercakap pasal apa yg anda minat, klu hanya bercakap pasal minat sendiri je pasti org akan jemu dan bosan ngn anda. 

BUATKAN ORG LAIN RASA DIRI MEREKA ITU SGT PENTING DAN DIHARGAI
kalau bole cuba buatkan org lain berasa bahawa diri mereka itu sgt penting pada anda. Dan anda sgt menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa demikian DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keikhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargai mereka seadanya.

kreadit untuk Blog PakarHowTo

Friday, October 21, 2011

Keputusan Cabutan Undi Terbuka Perumahan Rakyat 1 Malaysia Presint 11 Putrajaya

Posted by mamawafiq at 8:57 AM 2 comments
cam biase, amik wafiq pastu terus balik umah... sampai depan umah terserempak lak ngn aqil; tgh main².. wafiq ape lagi, sambung lak main kat situ xmasuk umah terus...

jadi.. mama die je la yg masuk simpan beg mama n beg wafiq pastu kuar balik lepak depan umah layan wafiq ngn aqil... tapi dah nampak dh masa masuk tadi en hubby dok tgh syok mengadap laptop....

tetiba je en hubby tanye "yang.. no kite arie tu baper erk???" aku cakap " 2059"... "betul ke? cube chk betul².. ada x bukti or salin kat mane² no tu?" tanya en hubby lagi... takut silap kot.. maklum la mamawafiq ni pelupa sikit... sikit ke? banyak kot.. hehehe so aku pun kuarkan la kertas yg aku print masa isi borang tu.... letak depan die.....

pastu die cakap " yang.. no kite naik la... cuba tgk ni....."


 

Tuesday, October 18, 2011

ISOMIL PLUS 1-10 TAHUN NAK LET GO....

Posted by mamawafiq at 7:02 AM 0 comments

Ade sesiapa kat sini x yg anak die minum susu n xi... nk jual la... ada lagi 2 tin yg belum buka lagi.... 900g... sebab nk jual cz wafiQ dah tukar susu.. skrg di wafiQ dah minum susu pediasure... en suami suke beli susu byk2 sekali.. nak buang sayang cz langsung xsentuh.. lagipun expired lambat lagi.. tahun 2012... sesape berminat gtau erk.....

Wednesday, May 11, 2011

Aku Dah Jatuh Hati.....

Posted by mamawafiq at 3:54 PM 0 comments
kalau dulu aku cuma layan rancangan die kat tv je... bukan pe.. aku suke sgt cara n langkah serta tindakan die yg ala-ala berani mati tu... mmg terrrbaaaeeekkk la... tapi sejak kebelakangan ni aku TERjatuh hati ngn blog die lak...

mmg xjadi keja la klu mengadap blog die... mmg best... isu yg die tulis tu kengkadang wt aku berasap gak la tapi aku relax n cool je... aku just jadi silent reader je... malas nk komen ape².. mmg kadang² ade gak tergerak hati nk komen tapi aku batalkan memandangkan dah ramai org komen n ape yg aku nk komen tu same je ngn ape yg org lain komen so malas la nk komen.... pada kawan² yg rase² cam nk try jenguk blog die try la klik mazidul


buat tatapan, renungan dan pengetahuan..... bukan nk cari salah tapi cuba untuk menjadi lebih baik dari sekarang....
 

Thursday, March 17, 2011

Senarai sebab-sebab kursus tidak mencukupi sebanyak 7 hari

Posted by mamawafiq at 1:13 PM 5 comments
 Pagi-pagi lagi Akauntan datang jumpe aku.. die minta aku bagi die sebab-sebab nape kursus aku xcukup 7 hari taun lepas... die ckp audit pick up... alahai.. lecehnye... so.. aku dh siapkan sebab²nya.. harap diterima.. (sebenarnya xcukup lagi 4 jam je lagi... kes aku silap kira jam)

1.                  Saya mempunyai anak kecil dan pada ketika itu masih menyusu badan dengan saya jadi saya tidak boleh menghadiri kursus yang memerlukan saya bermalam.

2.                  Saya hanya dapat menghadiri kurusus-kursus dalaman sahaja (iaitu yang dianjurkan oleh kementerian ini dan kursus sehari  kerana tiada pengasuh, pengasuh anak saya hanya menjaga anak saya siang hari sahaja dan saya tiada saudara mara di sekitar putrajaya/ kuala lumpur atau dikawasan yg terdekat dengan rumah saya atau tempat kerja untuk meminta tolong menjaga anak saya buat sementara waktu, ibu bapa saya juga jauh dan sudah uzur. (bapa 78 tahun dan ibu 73 tahun)

3.                  Suami saya bekerja sebagai Pemandu Kenderaan di Biro Tatanegara, JPM dan seringkali diarahkan untuk kerja lebih masa dan kerja luar (outstation) jadi urusan anak diserahkan kepada saya. (bawa anak ke klinik waktu anak sakit ataupun sebarang urusan rumah ketika ketiadaannya)

4.                  Memandangkan pada waktu itu 23.08.2010 ( 4 bulan) – 23.08.2010 (1 tahun 4 bulan) anak saya masih kecil dan seringkali tidak sihat jadi dia sangat memerlukan perhatian yang lebih dari saya dan tidak mengizinkan saya untuk menghadiri kursus yang memakan masa yang lama. Dan pada tahun 2010 juga adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya kerana anak saya telah diserang ROTA VIRUS dan telah di masukkan ke KPJ Kajang selama 4 hari. Dalam masa itu juga anak saya sering tidak sihat kerana mengikut laporan dari doktor,  antibiodi anak sya tidak kuat dan mudah jatuh sakit sekiranya terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat serta pemakanan yang tidak bersih.

5.                  Anak saya dihantar ke rumah pengasuh jadi risiko untuk mendapat sakit seperti demam, batuk n selesema sangat mudah. Sekiranya anak demam yang terlalu tinggi saya diarahkan untuk bawa anak saya balik kerana takut berjangkit dengan kanak-kanak lain.

6.                  Anak saya juga ada masalah alahan kepada sesetengah makanan seperti makanan-makanan yang gatal dan alah kepada susu lembu serba produk yang berasakan susu lembu, jadi sekiranya anak saya salah makan saya terpaksa kejarkan dia ke klinik kerana dia mempunyai alahan yg terus. (Muntah, badan gatal-gatal dan ruam diseluruh badan serta bengkak di muka kalau salah makan)

7.                  Disampingkan itu sebagai tugas yang diarahkan dari masa ke semasa akan akan menggantikan Setiausaha Pejabat kepada Setiausaha Bahagian sekiranya Setiausaha Pejabat bercuti atau ada sebarang urusan, Jadi semasa menjadi Pengganti Setiausaha Pejabat saya tidak dapat menghadiri seminar yang dianjurkan oleh kementerian sekiranya tarikhnya bertembungan dengan tarikh saya menggantikan Setiausaha Pejabat.

8.                  Bersama-sama ini disertakan salinan Sijil Cuti Sakit untuk rujukan.

Monday, March 14, 2011

16 Ciri-Ciri Isteri Solehah

Posted by mamawafiq at 4:29 PM 0 comments
1.   Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2.   Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3.
  Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

4.   Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

5.
   Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6.
   Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. 

7.    Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

8.
   Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

9.
   Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya

10.   Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

11.
  Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

12.   Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

13.
  Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

14.
  Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

15.   Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

16.   Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.   


 

Friday, March 11, 2011

18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

Posted by mamawafiq at 5:20 PM 0 comments

1.  Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula  membimbing isterinya 
2.  Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin 
3.  Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T. 
4.  Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya. 
5.   Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya. 
6.  Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya 
7.  Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu. 
8.  Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka. 
9.  Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya. 
10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain. 
11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak. 
12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya. 
13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya. 
14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih. 
15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin. 
16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain. 
17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya. 
18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Tuesday, January 18, 2011

Random Things About Me

Posted by mamawafiq at 2:35 PM 5 comments
Alamak.... kne TAG ngn najwa lak arie ni.... nak buat ke x erk??? najwa... mamawafiq kne buat ke TAG ni???? wajib ke??? xpe la.. utk xnk bagi najwa nangis sambil guling-guling mamawafiq akan buat jugak TAG ni.. najwa jgn nangis erk...buruk tau kalau najwa nangis... 

ok.... chk betul² erk najwa.. cukup x 25...

♥ suke warna merah cz merah ni buatkan aku rase yakin....
♥ suke main games kat hp... so tiap kali beli hp baru perkara pertama mesti nk download games
♥ suke wt themes hp sendiri xspecially hp nokia la leh wt mcm²
♥ suke hp sony ericsson walaupun sekarang pakai hp nokia.. en. asben punye
♥ suke makan laksa tambah kicap
♥ suke milo ais kedai mamak... best oooo
♥ sgt susah nk tido.. klu malam tu tgk en. asben dan lena d ulik intan, wafiq dan tunggang terbalik tapi aku terkulat² lagi...
♥ masa nk tido mesti kne goyang kaki kalau x... xleh lelap...
♥ suke masak tapi selalu ketandusan idea nk masak ape...
♥ suke belek muke kat cermin.. tapi muke xberubah pun, dok camtu gak..
♥ suke tgk org make up... yg cantik la bukan yg macam hantu kubur tu.. tapi aku xpandai make up..
♥ cepat naik angin tapi cepat ok balik...
♥ mudah mesra tapi tgk pada org jugak.... kalau org yg memulakan dulu.. xreti nk tegur org yg xkenal...
♥ sgt suke bile en. asben ajak makan kt luar.. xyah masak... tapi jadi sedih bile ajak makan kat tpt yg bukan feberet aku...
♥ sgt pandai menyimpan perasaan.. kengkadang en. asben xperasan pun yg isterinye kecik atie... huhuhu xmemahami betul la die ni kan...
♥ suke makan seafood bukan siput k tapi jarang² dapat cz bile fkrkan kos... hehehe
♥ suke amik gambar tapi xsuke simpan.. hehehe camne tu??
♥ suke g shopping n window shopping tapi en. asben xsuke... huhuhu
♥ suke main internet... kalau dapat layan internet  sehari suntuk pun xpe, xjadi keje lain dah...
♥ suke t-shirt or baju kaler itam.. leh nampak kurus sikit..
♥ tangan bocor.... boros.. xreti berjimat.... en asben terpaksa jadi akauntan utk aku, terbalik lak... hehehe
♥ xsuke org yg bermuka² or talam 2 muka, tergedik², manja terlebih² dalam erti kata lain mengada², xreti jg perasaan org lain atau sama cam mulut longkang serta yg seangkatan dgnnya..
♥ suke melancong n melencong (shopping) hahaha...
♥ suke suasana yg aman n nyaman... cam laut n air terjun.. tapi bile g tpt² camni suke fkr yg bukan²..
♥ sgt teringin nk g pulau² kat malaysia ni... walaupun xreti berenang....


okes... dah cukup 25 perkara... cukup x najwa.. tolong kire erk... nk TAG orang² nie..

Ayu
Yana

dan aku TAG sume follower aku.. xlarat la nk listkan sume...

Friday, January 14, 2011

Setuju x kalau fesbuk di TUTUP?????

Posted by mamawafiq at 12:19 PM 3 comments
mana² aku g mesti ade je org citer pasal owner fesbuk nk tutup akaun fesbuk... so nk tau gak la.. pendapat kengkawan sume.. korang setuju ke klu fesbuk ni ditutup... owner die bg alasan dia dah xlarat nk handle fesbuk lagi... 
Aku??? xkisah kot klu 'benda lah" ni nk tutup cz xde la gile sgt ngn fb ni... maklum la kat opis fb kne blok ade aku layan je... xde la 24 jam mengadap bende ni... kira aku bagi 50-50 la undi aku untuk kes penutupan fb ni... bukan ape... aku akui fesbuk ni ade byk kebaikan tapi byk gak keburukannye... di ingatkan keburukan tu bukan dari owner fb tau.. keburukan tu dari pengguna fb..
tgk cam katun kat atas ni... main fb sampai lupe kerje.. bile dah jadi camni.. nk salahkan sape?? bos ke ???
 bukan setakat anak muda.. sape yg kire die muda angkat tangan!!! mokcik².. pokcik².. atok².. nenek² sume dah ade akaun fb... mokcik-pokcik tu dgn alasan leh sembang ngn anak buah n sedara mara ngn terpisah jauh.. n atok nenek ngn alasan nk tgk gambar anak² cucu² yang jarang balik kg...
ni.. korg nilai la sendiri ape masalah minah ni...
bagi korang.. perlu ke bende camni kite bincang kat fb??
mamat ni... suatu ketika dulu sgt popular ngn statement² camni... dan utk pengetahuan korang akaun fb die, die dh close...
 budak ni punye status pun buat org lain PANASS gak... tapi org yg reply pun leh tahan gak bahasanye
ingatkan dah abis... rupanya ade lagi yg budak ni x puashati...
ni last entry budak ni... aku xtahu ape dah jadi ngn budak ni.. n aku xpasti die ni betul² minta maaf or atas desakan org lain...
nape korang create camni... sian kat korg kan.. korang beria² xpuashati... sampai camni... ape yg korang dapat??? die dapat gak la berpuluh² ribu...
juri xbodoh la... ni juara lagu k... pemilihan berdasarkan lirik lagu k.. persembahan jatuh tempat ke-2.. so.. fikir² kan la....
byk betul disalah guna oleh bebudak zaman skrg ni... tapi aku dah malas nk cari salah dorg pasal benda ni... semalam aku dgr hotfm.. dorg bincang pasal ni la, ade sorg pendengar tu bagi sms, dia cakap xsetuju kalau fb ni ditutup cz dia cakap fb ni la tempat die luahkan perasaan.. lebih kurang cam dairy la... then FBI cakap.. kelakar kan... dia bagi dairy die sume org boleh baca.. hehehe..sebab tu aku putuskan utk tidak mempunyai dairy selama-lamanya...

Wednesday, January 12, 2011

wei budak!!! ape masalah ko ni???

Posted by mamawafiq at 5:27 PM 6 comments
aku punye psal la nk buat ape?? aku bukan kaco ko, bukan kaco periuk nasi ko... so ko xyah la nk sibuk² hal aku.... ko jaga je la kain ko sendiri xyah la nk selak² kain aku yg mahal ni... aku tahu ko jeles ngn aku kan.. maklum la kain aku cantik n mahal...hahaha....  xmacam kain ko yg xterjaga tu.. so sedar² diri la sikit... 
lagi satu aku nk tanye kat ko... selama ni, ade ke aku cuit² ko, ade ke aku jeling² ko.. jeling pun aku xhingin tambahan nk cuit.. tolong la.... xde kan??? so faham² je la k.. aku mmg xberminat nk bermesra ngn org cam ko... ok... titik.. xmau cakap byk... tlg jgn amik tau pasal aku....

Thursday, January 6, 2011

"Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru"

Posted by mamawafiq at 5:14 PM 0 comments
Baru ni la aku berkesempatan nk selesaikan TAG dari Yana a.k.a mama-dhia.. sori erk yana.... cek bz sgt la cam perdana menteri..Aku dah tgk syarat² utk menyertai program ni... program ke org cakap benda alah ni.. ahh.. xkisah la.. dan ternyata aku tersangat la menepati ciri² yg dikehendaki.. hehehe..
Bercakap pasal traffic light ni.. dah mcm² dah aku buat tapi xberbaloi² jugak.. jeles tgk traffic org lain, ade yg mencecah berbilion²... kengkadang terlintas jugak dalam hati.... bile la traffic aku nk jadi cam dorang ni... nk kate xping blog... hari² ping.. klu bole setiap saat nk ping blog.. melampau sungguh hajat aku ni... tapi camtu gak hasilnye.. huhuhu...

antara syarat²nya memerlukan follower kurang dari 300  - follower aku bukan kurang dari 300 malahan kurang dari 30 orang.. hehehe..

kepada sesiapa yg nak menurut jejak aku... cuba klik kat SINI... 

dan akhir kata... Saya sgt meminati dunia blogger dan tidak sombong serta ramah tamah... hehehe

TQ menganjur.. jasamu dikenang...

Dan.. aku dgn berbesar hati nk TAG 3 org member aku... rajin²kan la tangan korang wat TAG aku ni erkk....


 

My Small Family Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez