Friday, October 19, 2012

Mimpi Susukan Bayi....

Posted by mamawafiq at 12:48 PM 3 comments
Salam.....

2,3 hari yg lepas.... Aku ade mimpi... Susukan Bayi... Masa pas sedar dari mimpi tu aku xde la pulak rase ape2 tapi bile duduk sorg2 n berfikir....

       
emmmm.... kata org... mimpi susukan bayi ni ade kne mengena dengan gangguan Makluk Halus... Ye ke?.... Start dari tu aku mula rase xsenang duduk.... betul ke erk.. ke mainan tido je... tapi mimpi tu sgt jelas.....

Aku pun g la jumpe cik google... cari la maklumat2 yg bersangkutan or ade kne mengena.. nak percaya 100% x la tapi dalam hati ni tetap ade rase risau.... Dan hasil pencarian aku.... Ini yang aku jumpe.... dan aku jumpe artikel ni kat SINI...

TANDA- TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA

MAKNA SAKA

Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. semasa mereka hidup, mereka telah berkawan  dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.

KETIKA TIDUR

1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan  malam selepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala, dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.
6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.
7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.
8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).
9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.

KETIKA JAGA

1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam Badan.
7. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar Ayat-ayat quran)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.

ANAK CUCU YANG MENJADI SASARAN3

1. Yang cetek ilmu agamanya.
2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.
3. Yang Meninggalkan Ibadat Wajib.
4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.
5. Yang berminat utk memiliki apa yang ada pada nenek moya.
6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.

 
 

My Small Family Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez