Syarat pertama dan utama utk anda disukai org ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pd org lain dgn ikhlas. Kalau anda x suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula?
SENYUM
Senyumlah sentiasa. semua org suka pd org yg murah senyuman. Senyumlah dari hati. Walaupun muka anda x hensem/cantik, tapi klu senyum pasti nampak lebih manis dan menarik. Jadi, banyakkanlah senyum cz senyum tu sedekah.
INGAT NAMA ORG LAIN dan UCAPKAN NAMA ITU DGN NADA YG PALING BAIK
Semua org suka klau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan kita yg tidak mengingati nama kita. Ape perasaan kite? jadi, sila ingat betul² nama seseorg jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yg paling disukainya dan sebutla nama tu dgn panggilan paling baik dan mesra.
JADILAH PENDENGAR YG BAIK
Jadilah pendengar yg baik lg setia klu mahu diri anda disukai. Pokoknya, bagaimana nk jadi pendengar yg setia?? senang je, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyakkan memberi peluang kepada org lain utk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada org lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah² dan pengalaman mereka.
BERCAKAP HANYA PADA TOPIK/ISU YG MENARIK PERHATIAN ORG LAIN
Kalau suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya berckp ttg perkara² yg sukai/diminati oleh org lain. Kalau mereka minat bola, cakap la pasal bola. Jgn banyak bercakap pasal apa yg anda minat, klu hanya bercakap pasal minat sendiri je pasti org akan jemu dan bosan ngn anda.
BUATKAN ORG LAIN RASA DIRI MEREKA ITU SGT PENTING DAN DIHARGAI
kalau bole cuba buatkan org lain berasa bahawa diri mereka itu sgt penting pada anda. Dan anda sgt menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa demikian DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keikhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargai mereka seadanya.
kreadit untuk Blog PakarHowTo
0 comments:
Post a Comment