Friday, August 27, 2010

Happy Birthday yang PERTAMA ~AQIL WAFIQ~

Posted by mamawafiq at 10:34 AM
Suatu peristiwa yang tidak sama sekali dapat aku lupakan dalam hidup.. Kelahiran permata hati yang amat aku dan suami nantikan selama ini.. Ketika umat islam sedang menjalani ibadah puasa.. 

22/08/2009 – Seremban, keadaan di Rumah Mertuaku amat sibuk sekali kerana pada malamnya akan di adakan majlis tahlil untuk Allahyarhammah Ibu Mertuaku (hari ke 3).. lebih kurag dlm pukul 2.30 pm aku rasa perut aku memulas-mulas tapi tak la kerap.. dalam 5 minit sekali tapi aku boleh lagi lepak dan gurau-gurau dengan saudara-mara lagi.. aku bagi tau suami keadaan aku pastu suami aku dah kalam kabut tanya aku nak pergi hospital ke tak? Aku cakap tak payah la… bukan nk bersalin lagi.. tapi atas desakan kakak-kakak ipar aku, suami aku bawa juga aku ke Hospital Putrajaya ditemani abang suami dan kakak ipar.. Setelah sampai di Hospital Putrajaya, doktor yang bertugas check aku.. Doktor cakap jalan baru buka 2cm, doktor tanya aku tinggal di mana? Aku cakap di Presint 9, jadi doktor suruh balik dulu sebab rumah aku dengan Hospital dekat je.. Doktor cakap katil penuh.. Keluar dari bilik pemeriksaan suami aku terus tanya aku apa doktor cakap, aku bagi tahu la apa yang doktor bagi tahu aku tadi, suami aku cakap kalau kita balik Seremban sempat tak?.. di sebabkan aku tak terasa sakit sangat aku cakap.. bole je.. bukan nak bersalin lagi, lambat lagi ni.. Jadi kitaorg berempat pun balik ke Seremban semula, sempat jugak la berhenti beli juadah berbuka puasa kat bazaar ramadhan. 

Sampai Seremban aku tak banyak buat kerja pun sebab dorang tak kasi.. Dalam pukul 6.30 pm sakit semakin kerap.. 3 minit sekali.. mulanya aku diamkan dulu, sian kat suami.. aku duduk dalam bilik je pastu kakak ipar aku masuk tanya aku kenapa? Aku cakap tak ada ape.. die cakap sakit ke? Sikit je aku jawab.. berapa jarak die? Dalam 3 minit sekali jawab aku.. kakak ipar aku terus panggil suami aku suruh bawa aku pegi Hospital.. Aku cakap, aku ok lagi jangan risau.. tapi kakak-kakak ipar aku bising, dorang cakap bersalin anak sulong ni tak tentu, ade yang cepat dan ade yang lambat.. Akhirnya aku menyalah dan ikut je cakap dorang.. Suami bawa aku ke Hospital Seremban. Aku pun tak tahu berapa lama aku kat situ, memang tak senang duduk aku.. aku tengok kat luar suami dan abang ipar aku masih ada kat luar, dorang tengah berbuka puasa.. Pastu aku pegi kat suami, aku cakap aku nak balik, aku tak nak bersalin kat sini, aku nk pegi Hospital Putrajaya tapi suami aku tak berani.. Dia takut aku ter’bersalin’ dalam kereta. Pastu aku tanya doktor lak, boleh tak saya nk balik rumah? Dia tanya rumah aku kat mana? Aku cakap, Putrajaya.. Dia cakap saya tak berani bagi keputusan lagi, awak tunggu doktor lagi sorang.. Pastu dia call doktor yang sorang lagi tu bagi tahu dan doktor tu datang check, past uterus dia bagi tahu suruh aku admit.. punah la harapan aku nk balik rumah… 

Dalam wad aku ditemani suami, dia belikan aku roti dan air milo, aku dah tak ade selera nak makan jadi aku minum je.. Dalam masa tu tak tahu la berapa kali aku minta maaf kat suami.. Ye la, kata orang kalau nk senang bersalin kena minta maaf banyak-banyak kat suami.. Dalam pukul 12.15 am nurse datang dan cakap nak check aku.. Tepat jam 12.30 am aku di masukkan ke labour room.. Kat situ macam-macam ragam aku tengok.. tambahan pula aku ni tak berapa sakit sangat.. Tapi aku jadi bosan baring lama-lama.. tapi mulut aku x putus-putus beristighfar dan berselawat sampat satu tahap aku cakap kat doktor yang lalu sebelah aku, doktor.. lambat lagi ke saya ni nak bersalin? Doktor tu cakap, ianya bergantung pada awak sendiri sebenarnya.. aku diam… Tak lama lepas tu aku tanya lak dekat nurse yang lalu, nurse.. boleh tak nak buka “benda” ni? (alat yang letak kat perut unutuk check kontruksi tu).. Nurse tu cakap, ish… tak bole, alat ni untuk check degupan jantung baby awak.. aku kembali diam.. 

Dalam pukul 6.30 am aku dah terasa kontruksi semakin kuat tapi aku kuatkan semangat, tenangkan diri… pastu rasa macam nk ter’berak’ pastu hilang.. aku relax lagi… pastu rasa tu datang lagi.. aku masih bertahan.. dalam pukul 7.30 am aku dah rasa nak ter’berak’ sangat-sangat terus aku cakap kat nurse… Nurse, saya nak pergi toilet boleh tak? Nurse tu tanya aku balik, kenapa? Saya nak ‘berak’… dia cakap tak boleh, kalau awak nak ‘berak’.. awak ‘berak’ je kat atas kertas tu… uish… tak mau la.. saya nk berak ni nurse, bukan main-main.. agaknya nurse tu pun dah menyampah dengan gelagat aku, dia cakap… ok la, klu awak nk pegi toilet saya bole bagi tapi saya kene check awak dulu.. lepas die check aku tu, die cakap… awak bukan nak ter’berak’ tapi awak dah nak bersalin.. Rupanya kepala baby aku dah nampak dan aku dah bole rasa rambut dia.. Tepat jam 8.40 am lahirlah Putera kami yang diberi nama AQIL WAFIQ… WafiQ.. kehadiranmu memberikan sinar bahagia dalam hidup mama dan abah… Azlin.... Putrajaya…

0 comments:

 

My Small Family Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez