Friday, December 4, 2009

Tip² Untuk Menambah n Maintain Susu Ibu

Posted by mamawafiq at 2:53 PM

Susu ibu adalah yang terbaik utk diberikan pada bayi terutamanya bagi 6 bulan pertama. Namun, seringkali masalah pengeluaran susu ibu semakin kurang or sedikit terjadi terutamanya bagi ibu² yang bekerja. Jika ianya terjadi pada kita, pasti kita akan tertekan dan risau. Berikut adalah antara tips² yang saya lakukan utk pastikan susu sentiasa maintain dan mengamalkan langkah² pencegahan sekiranya dah nampak tanda² susu dah semakin kurang :

1. Beli pam susu yang berkualiti


Persediaan harus dilakukan dari awal dan tidak hanya tertumpu kepada kelengkapan bayi sahaja. Tetapi perlu mendapatkan informasi bagi memastikan kita membeli pam susu yang baik dan berkualiti. Asingkan sedikit bajet setiap bulan untuk digunakan bagi membeli pam susu kerana kebanyakan pam yang bagus dan berkualiti agak mahal.

2. Pam atau perah susu dari awal

Mulakan pam susu seawal yang mungkin. Xperlu tunggu 2 minggu sebelum kerja. Memang la awal² ni susu xbyk n lebih merupakan cecair yg dipanggil KOLOSTRUM tapi jgn risau, teruskan usaha bg je baby menyusu n kerapkan sessi mengepam. Dengan cara ini akan meransang pengeluaran susu. Pastikan kita kosongan b****st semasa sessi mengepam tu cz bila b****st kosong akan memberi isyarat pada otak yg badan kita memerlukan lebih byk susu. KOLOSTRUM ni jg byk khasiat utk baby. Ianya juga terbukti sebagai antibodi utk baby. Seeloknya masa dlm pantang tu buat la stok byk² cz time tu susu paling mewah n melimpah ruah, rugi klu x amik peluang pertama selepas bersalin. Selain dari itu, ini juga akan membantu badan menyesuaikan diri dengan pam susu kita. Letakkan target contohnya stok anda setiap hari ialah 4 aun. Dengan cara menyimpan stok susu dari awal, ini dpt mengurangkan stress dikemudian hari. Susu yang telah dipam juga boleh dimasukkan kedalam botol dan diberikan kepada baby sebagai latihan agar baby boleh minum dari botol apabila anda telah kembali bekerja. Sebaiknya susu disimpan didalam peti ais yang mempunyai 2 pintu. Jadi stok susu anda akan tahan lebih lama iaitu selama 3 ke 4 bulan berbanding peti ais 1 pintu kerana stok susu anda hanya boleh disimpan n tahan selama 2 minggu sahaja.

3. Minum air yang banyak

Dalam pantang selalunya orang tua dulu² selalu ckp jgn minum air byk takut kembang urat. Bagi saya tanggapan tu salah, klu kurang minum air mcm mana nk hasilakan susu yang banyak mcm mana nk gantikan tenaga kita yg hilang time melahirkan dulu. Sepatutnya minum air segelas sahaja tapi minum dengan kerap. Bukan minum air yg banyak dengan sekali harung je. Seeloknya minum air suam la. Diingatkan jgn pandang langsung ais tau! Pastikan air sentiasa bersama kita wlu kemana kita pergi pun. Klu time tido tu letak je termos tu kat tepi katil. Senang nk minum time dahaga nanti. Selain dari itu, Digalakkan untuk mengambil minuman seperti milo, horlicks n susu. Elakkan dari mengambil minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe dan minuman bergas.

4. Makan makanan berkhasiat dan yang boleh menambah susu


Antara makanan yang boleh menambah susu yang boleh ambil didalam tempoh berpantang ialah :



- Kurma
- Kismis
- Sawi
- Habbatus sauda
- Ulam-ulaman seperti pegaga
- Sup² ayam (buang kulitnya – ambil dan masak isi sahaja) dan sup ikan. Tambahkan biji halba didalam sup anda
- Nasi yang anda masak juga boleh ditambah biji halba. Halba dikatakan boleh membantu menambah susu ibu
- Susu dan yogurt – Jika susu disimpan didalam peti ais, hilangkan dulu sejuknya dengan cara merendam cawan yang telah diisi dengan susu didalam air panas sebelum diminum
- Quacker oat dan nestum

Bagi yang dah habis pantang, selain dari mengambil makanan diatas boleh juga mengambil makanan / minuman berikut bagi membantu menambah susu:


- air longan
- air halba
- air barli
-air sengkuang cina (season)
- Nasi dagang
- Bayam
- Kangkung
- Sup tulang, sup ayam, sup daging dan sup ikan
- Buah-buahan

P/s :
Ambil satu sudu kecil halba, rebus dalam sedikit air. Then, air tu campur dalam milo n minum. Camni xde la rase pahit sgt halba tu berbanding minum terus air rebusan tu. Pada waktu yang sama mengambil minuman tambahan yang membantu menambah susu anda. Milkmaid tea and pil ASI juga dikatakan boleh membantu menambah susu ibu(tapi xpenah try lg yg ni.. hehehe) Selain dari itu, jika bayi anda sudah berumur 2 bulan keatas, anda boleh mencuba minum air rebusan halia bara kerana ia juga membantu menambah susu ibu.

5. Ambil Supplement tambahan

Sebaiknya ambil vitamin tambahan seperti B kompleks, vit C, fish oil, n calcium magnesium. Selain dari membantu pengeluaran susu yang berkualiti ia juga dapat membantu agar kita tidak kekurangan zat kerana ia telah diserap dari badan dan disalurkan kepada susu badan. Vitamin B kompleks pula membantu mengekalkan tenaga.

6. Pam susu pada waktu yang ditetapkan

Bagi yang dah kembali bekerja, sebaiknya tetapkan jadual pam susu. Biasanya masa untuk pam susu ialah 2 ke 3 kali sehari. Jika dah tetapkan jam 10 pagi dan 2 petang, pastikan pam susu pada waktu ini n klu lewatpun dalam 30 minit sahaja. Ini untuk memudahkan kita mengekalkan let down. Jika kita skip, pasti badan menjadi keliru dan sukar untuk memberi isyarat untuk masa mengeluarkan susu.

7. Simpan stok yang banyak sebagai back up













Klu stok susu byk pasti kita dah x stress klu susu dah semakin kurang cz masih ade susu back up kat umah. Kira cam penyelamat la sehingga pengeluaran susu kembali mencapai target n seiring ngn jumlah susu yang diminum oleh baby sewaktu kita kuar bekerja.

p/s :


Jika merasakan susu mula kurang :
1. Tambah masa pam susu time bekerja. Jika sebelum ini pam 2 kali sehari, tambahkan kepada 4 kali.
2. Apabila dirumah dan dihujung minggu, pam susu selama 15 ke 20 minit setiap
kali semasa n selepas menyusukan baby. Dengan ini badan kita akan menerima isyarat lebih banyak susu perlu dikeluarkan.
3. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya
4. Tenangkan diri n jangan stress. Jika stress, lagi mudah pengeluaran susu terjejas






0 comments:

 

My Small Family Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez